Tuesday, January 17, 2012

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pada 17 Januari 2012 (Selasa) mesyuarat panitia bahasa Melayu telah diadakan.

Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik APD

Sepanjang minggu ini, semua panitia akan mengadakan mesyuarat panitia kali pertama.

Antara agenda mesyuarat:
1. Pelantikan ahli jawatankuasa
2. Post mortem keputusan PMR 2011
3. Jadual penggubalan soalan
4. Jumlah latihan yang perlu diberikan kepada pelajar
5. Perancangan strategik 2012
6. Pencerapan dan penandaan buku latihan
7. Penggubalan modul
8.Hal-hal lain

Pada kesempatan ini juga, saya mengambil peluang menyampaikan perkara-perkara penting yang diperoleh semasa saya menghadiri kursus.Pada tahun ini juga, saya sudah tidak menjadi Ketua Panitia kerana kemungkinan besar saya akan berpindah...

Kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu yang baru, selamat menjalankan tugas. Tugas KP sebenarnya sangat berat. Namun begitu, setiap apa yang kita rancang dan kita buat, tujuannya hanya satu untuk kecemerlangan anak didik kita. Walau bagaimanapun, kunci kejayaan kepada perancangan kita ialah kerjasama dan sokongan daripada ahli panitia.Tanpa kerjasama dan komitmen ahli panitia perancangan yang kita buat hanya akan tercatat dalam perancangan sahaja.Oleh itu, semoga segala yang kita lakukan mendapat keberkatan dari-Nya. Amim...

Terima kasih semua...

No comments:

Post a Comment