Monday, March 19, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Pada 18 Februari 2012 Panitia Pendidikan Islam SMKDK menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan sepanduk,hafazan, azan, kuiz dan banyak lagi. Sambutan daripada para pelajar sangat menggalakkan.







Program Guru Penyayang

Setelah cuti sekolah selama lebih kurang 9 hari, hari ini 19 Mac 2012 kehadiran pelajar ke sekolah di sambut oleh para guru dengan senyuman dan ucapan selamat datang, kerana pada hari ini SMKDK melancarkan Program Guru Penyayang. Pada hari ini juga, buat pertama kali kami bertemu pengetua baru. Selamat datang cikgu. Semoga cikgu gembira ke SMKDK.

Tuan pengetua memberikan ucapan.

Suasana perhimpunan setiap pagi Isnin.


Monday, March 5, 2012

Bacaan Surah Yasin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Setiap pagi Jumaat akan diadakan bacaan surah Yasin. Kebiasaannya seorang ustaz akan mengetuai bacaan surah Yasin. Namun begitu, akhir-akhir ini pelajar pula yang mengetuai bacaan tersebut. Alhamdulillah... Sudah ada peningkatan dalam kalangan pelajar.



Selepas selesai membaca surah Yasin, ustaz atau ustazah akan memberikan sedikit tazkirah.

Semoga Allah memberkati segala usaha yang kita lakukan.Amin...