Pada 16 Januari 2012 (Isnin) saya menghadiri Kursus Pendedahan Teks Baharu Komponen Sastera Bahasa Malaysia Tingkatan 3.
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Agaseh
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Agaseh
Saya pergi bersama seorang rakan dan kami bertolak dari rumah jam 6.30 pagi dan tiba di sana jam 8.00 pagi. Saya memandu kereta dan perjalanan kami mengambil masa 1 jam setengah.





(Cikgu lelaki yang duduk-Penceramah dari SMK Tunku iaitu Cikgu Sobri)


Saya simpulkan di sini, isi kandungan kursus;
1. Pengajaran KOMSAS hanya sisipan dalam pengajaran bahasa Melayu.
2. Dalam pengajaran bahasa Melayu, aspek tatabahasa wajib diajar.
3.Pengajaran KOMSAS, bukanlah mengajar Sastera.
4. Guru perlu mendedahkan kepada pelajar tokoh-tokoh Sasterawan Negara dan hasil penulisan Sasterawan Negara.
No comments:
Post a Comment