Pada 18 Februari 2012 Panitia Pendidikan Islam SMKDK menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan sepanduk,hafazan, azan, kuiz dan banyak lagi. Sambutan daripada para pelajar sangat menggalakkan.
Monday, March 19, 2012
Program Guru Penyayang
Setelah cuti sekolah selama lebih kurang 9 hari, hari ini 19 Mac 2012 kehadiran pelajar ke sekolah di sambut oleh para guru dengan senyuman dan ucapan selamat datang, kerana pada hari ini SMKDK melancarkan Program Guru Penyayang. Pada hari ini juga, buat pertama kali kami bertemu pengetua baru. Selamat datang cikgu. Semoga cikgu gembira ke SMKDK.
Tuan pengetua memberikan ucapan.
Suasana perhimpunan setiap pagi Isnin.
Tuan pengetua memberikan ucapan.
Suasana perhimpunan setiap pagi Isnin.
Monday, March 5, 2012
Bacaan Surah Yasin
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Setiap pagi Jumaat akan diadakan bacaan surah Yasin. Kebiasaannya seorang ustaz akan mengetuai bacaan surah Yasin. Namun begitu, akhir-akhir ini pelajar pula yang mengetuai bacaan tersebut. Alhamdulillah... Sudah ada peningkatan dalam kalangan pelajar.
Selepas selesai membaca surah Yasin, ustaz atau ustazah akan memberikan sedikit tazkirah.
Semoga Allah memberkati segala usaha yang kita lakukan.Amin...

Tuesday, January 17, 2012
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pada 17 Januari 2012 (Selasa) mesyuarat panitia bahasa Melayu telah diadakan.
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik APD
Tempat : Bilik APD
Sepanjang minggu ini, semua panitia akan mengadakan mesyuarat panitia kali pertama.
Antara agenda mesyuarat:
1. Pelantikan ahli jawatankuasa
2. Post mortem keputusan PMR 2011
3. Jadual penggubalan soalan
4. Jumlah latihan yang perlu diberikan kepada pelajar
5. Perancangan strategik 2012
6. Pencerapan dan penandaan buku latihan
7. Penggubalan modul
8.Hal-hal lain
Pada kesempatan ini juga, saya mengambil peluang menyampaikan perkara-perkara penting yang diperoleh semasa saya menghadiri kursus.Pada tahun ini juga, saya sudah tidak menjadi Ketua Panitia kerana kemungkinan besar saya akan berpindah...
Kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu yang baru, selamat menjalankan tugas. Tugas KP sebenarnya sangat berat. Namun begitu, setiap apa yang kita rancang dan kita buat, tujuannya hanya satu untuk kecemerlangan anak didik kita. Walau bagaimanapun, kunci kejayaan kepada perancangan kita ialah kerjasama dan sokongan daripada ahli panitia.Tanpa kerjasama dan komitmen ahli panitia perancangan yang kita buat hanya akan tercatat dalam perancangan sahaja.Oleh itu, semoga segala yang kita lakukan mendapat keberkatan dari-Nya. Amim...
Terima kasih semua...
Kursus Pendedahan Teks Baharu Tingkatan 3
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pada 16 Januari 2012 (Isnin) saya menghadiri Kursus Pendedahan Teks Baharu Komponen Sastera Bahasa Malaysia Tingkatan 3.
Saya pergi bersama seorang rakan dan kami bertolak dari rumah jam 6.30 pagi dan tiba di sana jam 8.00 pagi. Saya memandu kereta dan perjalanan kami mengambil masa 1 jam setengah.
Antologi : Harga Sebuah Lukisan
Novel : Cempaka Putih Untukmu
Penceramah kami iaitu Cikgu Subaedah dari SMK Agaseh.
Kami di bahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh 2 buah sekolah. Kami diberi tugasan untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian mengikut genre.
(Cikgu lelaki yang duduk-Penceramah dari SMK Tunku iaitu Cikgu Sobri)
Pembentangan kumpulan saya iaitu kumpulan 2 iaitu SMK Desa Kencana dan SMK Tunku. Tugasan yang perlu kami laksanakan ialah RPH Novel Cempaka Putih Untukmu.
Sepanjang kursus kami semua didedahkan dengan teknik mengajar KOMSAS, cara menulis RPH dan berkongsi ilmu. Kami sangat seronok sehingga tidak menyedari masa berlalu begitu pantas.
Saya simpulkan di sini, isi kandungan kursus;
1. Pengajaran KOMSAS hanya sisipan dalam pengajaran bahasa Melayu.
2. Dalam pengajaran bahasa Melayu, aspek tatabahasa wajib diajar.
3.Pengajaran KOMSAS, bukanlah mengajar Sastera.
4. Guru perlu mendedahkan kepada pelajar tokoh-tokoh Sasterawan Negara dan hasil penulisan Sasterawan Negara.

Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Agaseh

Merentas Desa Tahun 2012
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pada 14 Januari 2012 merupakan persekolahan ganti untuk Tahun Baru Cina. Aktiviti yang diadakan ialah Merentas Desa. Guru-guru dan para pelajar senamrobik dulu sebelum memulakan larian.
Saya bertugas sebagai Hakim Penamat kategori Remaja Perempuan.
Tempat penamat.
Kesimpulannya, program Merentas Desa berjaya mencapai objektif dan kami semua sangat gembira. Tahniah kepada semua AJK.

Sunday, January 15, 2012
Selamat Tahun Baru 2012
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah...hajatku untuk wujudkan blog akademik tercapai juga pada tahun 2012. Berbanyak-banyak terima kasih kepada kakandaku Ismah Haji Ishak kerana membantuku mewujudkan blog ini. Semoga blog akademik ini dapat dimanfaatkan oleh semua, sama ada anak didikku mahupun rakan blog yang lain. Terimalah serangkap pantun daripada saya:

Duduk termenung di tengah laman,
Hingga tak sedar datang tetamu,
Berkongsi ilmu dan juga pengalaman,
Di alam maya kita bertemu.
Hingga tak sedar datang tetamu,
Berkongsi ilmu dan juga pengalaman,
Di alam maya kita bertemu.
Subscribe to:
Posts (Atom)